A: aku nak cakap sesuatu, tapi ko dah xnak dengar..
B: bukan xnak dengar..aku masih mahu mendengar, cuma untuk memberi.. aku...huhuhu
A: ok. aku rasa aku dah xde aim dalam hidup.. aku rasa hidup aku kosong sekarang
B: apa maksudnya tu?
A: entahlah, aku xtau apa yang aku rasakan. x macam dulu..
B: means that..now..you only follow the flow?
A: yup!
B: *sigh*
Terdiam..terkaku..terkejut..
tak tahu macam mana nak menjawab..apa yang perlu aku katakan kembali.. apa yang perlu aku nasihat.. hampir hilang kata-kata bila salah seorang sahabat mengatakan benda ni. dia dah xde aim dalam hidup..xde matlamat dah nak capai.. rasa hidup yang dilalui hari demi hari tu sekadar mengikut arus jer..
YA ALLAH, apa perlu aku lakukan?? serius aku xreti nak menasihati..
hanya satu yang terselit di hati..
"mungkin hubungan antara dia dengan Allah dah makin jauh.."
Dia tidak dapat merasai apa itu nikmat hidup..
dia merasakan diri dia keseorangan..
merasakandirinya tidak akan merasai bahagia..
namun, bila ini yang diutarakan.. perkataan "bukan" sentiasa meniti dibibirnya..
dia bagaikan sudah tidak mahu menerima kata-kata dari kami..
Sahabat.. jujur aku katakan.. aku runsing akan dirimu..
dari dulu sampai sekarang.. berbuih dah rasa mulut untuk berbicara.. memaksa segala neuron-neuron dalam otak bekerja bagi mencari idea untuk setiap masalah mu.. namun, dengan mudah.. segalanya ditepis oleh setiap patah kata-kata mu..
hingga sampai satu saat... aku rasa bagaikan mahu mengalah.. mahu berhenti memberi.. hanya ingin mendengar..
tapi, hati kecil ini, menjerit minta aku menggunkan semua unit dalam otak untuk mencari ayat-ayat yang paling sesuai..yang mampu menusuk kalbu.. yamg mampu meresap ke dalam jiwa mu.. agar kau kembali bersemangat seperti dulu..
Sahabat.. hidup kita ini masih panjang..masih jauh andai diizinkannya..
banyak liku-liku diluar sana yang harus kita tempuhi..
andai kata di saat ini..kau sudah tersungkur dengan hasutan fikiran mu.. bagaimana nanti??
aku tidak mempunyai kata buat masa ini untuk dirimu.. namun aku punya doa yang tidak putus agar kau mampu rapat denganNya kembali..
Sahabat, kembalilah bersemangat!!
Aku tahu kau seorang yang tabah untuk melawan arus dunia...
yang tidak akan mudah hanyut dengan perasaan..
Bersabar lah..sahabat.. saat yang kau nanti pasti akan tiba..
cuma kesabaran mu yang menjadi penentu..
jangan sesekali kau tersungkur dalan penantian mu..
3 comments:
like me..I'm just following the flows without knowing where it go..but, the thing that I want to stressed here, it is yourself who choose the flow..so, make the right choice..
betol3 :)
Post a Comment