RSS

Friday, April 29, 2011

pagi yg ceria :)

nak gediks kjp bleh x pagi2 ni..??
MySpace

da lame x menulis belog so tulis yg ni pn jadi la!
pagi ni aku rase agak gumbira kalo nk dibandingkn ng pagi2 len..
ade 2 reason rase nk hepi2 today.
1st sbb novel yg aku nk sgt2 2 sudah ku ketemu~

SUTERA BIDADARI
novel terbaru ramlee awang murshid, sambungan drpd cinta sufi~

bebanyak2 time kaseh kt my beshfwen encik F yg pagi2 lg da g pos kt umh aku..tlebeyh rjn plak die pagi ni.hehe.
tp 2 la, hr ni da jumaat, senin plak cuti.msti la slase br dpt kn..??xpe la.aiman xkesah.yg pnting tayah susa2 nk carik dh.ngee~

sbb kedua sy hepi ialah krane encik twitter ni!ckp byk pn xgune..tgk je la pic2 kt bwh ni ye..



tweet yg bwh skali 2 sbnrnye yg buat aku hilang pedoman kjp.hahahha..Zahiril Adzim reply my tweet!
dh la sy peminat encik ini.sungguh xsangke die reply..suke2 :)

Friday, April 22, 2011

worthy~

"You can try your hardest, you can do everything and say everything, but sometimes people just aren't worth trying over anymore...they aren't worth worrying about...it's important to know when to let go of someone who only brings you down."

Thursday, April 14, 2011

hati o hati

mlm ni aku susah hati bcoz of something happen..silly me! 
knape la slalu sgt jd insensitive ni..
then aku terbaca ayat ni dlm buku yg tajuk nye "Nota hati seorang lelaki" by ust Pahrol Mohd Juoi. 
mybe ade yg da tau kot tp just nk share je..

"orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Jadi bila anda dukacita, carilah orang lain dan gembirakanlah mereka. Nanti hati anda juga akan turut gembira"

ya, tangan yang menghulur bunga mawar, pasti akan berbau harum. Begitu maksud peribahasa Cina. Jika inilah pegangan kita, kita tidak akan bimbang jika tidak dihargai (oleh manusia), tetapi hanya akan bimbang bila benar-benar kita sudah tidak berharga (di sisi Allah)!

Monday, April 11, 2011

INTOXICATED BY TOXICOLOGY~~

snydrom2 aku setiap kali mlm nk exam
MySpace

xbleh nk fokus..asek nak maen2..
rase takot belom sampai lg..masih lg riang ria dan gembira
MySpace

oi, study la..!!
MySpace

esok pagi barula nk stress, gelabah mcm labah2..
MySpace

MySpace


Thursday, April 7, 2011

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?


terkadang kita terfikir,
adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
teman sekerja yang tak 'ngam'?
kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
housemate yang menyakitkan hati ( sebab tak reti basuh pinggan, cakap pedas,dan sebagainya)?
ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
( atau even adik beradik atau family kita yang kita tak boleh nak faham perangai mereka?)
((jangan ingat entry ini hanya untuk cinta cinta sahaja, okey?))
sebab hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
sebab pelbagainya manusia yang kita temui di dunia ini. Terlalu ramai manusia dengan pelbagai karenahnya.
kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa.....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ( Alhujurat: 13)
untuk lita'arafu..
untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri. apatah lagi memutuskan silaturrahmi.
Walaupun diri kita dengan dia,
satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita:
akan kekurangan diri kita sendiri.
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan..
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan , memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita insyaallah.
And He Knows best.
Wallahualam
bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

copy paste je drpd iluvislam.com
 
Copyright a LittLe biT of eVeRyThiNg 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .